Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (612)

realme C21 Rasmi Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia

Diterbitkan Mac 4, 2021 oleh Amalina Athman

Siri C merupakan peranti kelas permulaan dalam keluarga realme. Hari ini, realme telah mengumumkan sebuah lagi ahli baharu dalam siri ini iaitu realme C21 untuk pasaran tempatan.

harga realme C21

realme C21 dilengkapi skrin berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 serta paparan bertakuk yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Dari segi memori, ia ditawarkan dengan 3GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Beralih ke panel belakang, realme C21 menampilkan tetapan tiga kamera yang terdiri daripada 13MP utama, lensa B&W dan makro. Turut disertakan pada bahagian belakang adalah pengimbas cap jari tradisional.

harga realme C21

Dari segi janaan kuasa, peranti ini dimuatkan dengan kapasiti bateri 5000mAh bersama pengecas 10W Quick Charge. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Cross Black dan Cross Blue.

Screenshot (611)

Untuk penawaran harga bagi pasaran tempatan, nantikan pengumuman melalui halaman Facebook realme Malaysia pada 5 Mac 2021, jam 12.00 tengah malam ini.

Sumber: Siaran Akhbar realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY