Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme c100x

realme C100x Tiba Di Malaysia Dengan Bateri 8,000mAh, Pengecasan 45W

Diterbitkan Ogos 21, 2026 oleh Amsyar Latif

realme secara rasmi melancarkan realme C100x di Malaysia, sebuah telefon pintar kelas mampu milik yang memberi tumpuan kepada ketahanan bateri dan penggunaan harian.

Antara tarikan utamanya ialah bateri berkapasiti besar 8,000mAh, sama seperti yang digunakan pada realme C100 5G. Ia menyokong pengecasan pantas 45W, dengan pengecasan selama lima minit dikatakan mampu menyediakan sehingga empat jam masa panggilan.

Turut disediakan ialah pengecasan berbalik 6W untuk mengecas peranti lain. Menurut realme, bateri tersebut direka untuk menyokong sehingga 1,600 kitaran pengecasan dan mengekalkan tahap kesihatan bateri sehingga tujuh tahun.

Walaupun menggunakan bateri 8,000mAh, realme C100x mempunyai ketebalan badan 8.78mm.

Dari segi ketahanan, telefon ini dilengkapi ArmorShell Protection dan melepasi ujian ketahanan hentakan MIL-STD 810H. Ia turut mempunyai penarafan IP64 bagi perlindungan terhadap habuk dan percikan air.

realme C100x juga menawarkan paparan dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 900 nit. Untuk memori, ia tersedia dengan storan sehingga 256GB serta sokongan sehingga 24GB Dynamic RAM.

Ciri lain termasuk AI Netpilot, Wet Hand Touch 2.0, pembesar suara 300% UltraBoom serta realme UI berasaskan Android 16.

realme C100x akan mula dijual di Malaysia pada 28 Ogos 2026 menerusi kedai rasmi dan pengedar sah realme, termasuk platform Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Bagaimanapun, harga jualannya masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • realme 16 5G Dilancar Di Malaysia – Bateri 7,000mAh, Harga RM1,599
  • realme 16T 5G Rasmi – 8,000mAh, Tahan Lasak, Harga RM1,399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY