Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme Buds Air Neo Kini Tersedia Dengan Pilihan Warna Terbaharu Punk Green

Posted on September 15, 2020September 16, 2020

realme Malaysia sebelum ini telah pun melancarkan realme Buds Air Neo pada Jun lalu. Kini, realme menawarkan Buds Air Neo dengan pilihan warna baharu, Punk Green.

Mengimbas kembali, realme Buds Air Neo merupakan fon telinga tanpa wayar dengan pemacu sebesar 13mm dan menggunakan cip audio R1. Ia didatangkan dengan sokongan Bluetooth 5.0 dan mod latensi serendah 119.2ms. Akses kepada ciri kawalan boleh dibuat secara sentuhan.

Bateri fon telinga ini dikatakan mampu bertahan sehingga 3 jam putaran muzik secara berterusan.

realme air buds neo punk green

Bagi anda yang ingin mendapatkan Buds Air Neo dengan pilihan warna Punk Green, realme menawarkan fon telinga ini secara eksklusif di Shopee dengan harga promosi RM149 (harga normal RM199) pada 16 September 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress