Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme Bakal Melancarkan Peranti Baharu Dalam Siri-C Tidak Lama Lagi

realme Bakal Melancarkan Peranti Baharu Dalam Siri-C Tidak Lama Lagi

Diterbitkan November 16, 2020 · Dikemas kini November 16, 2020 oleh Amalina Athman

realme pada bulan lalu telah melancarkan realme C17 untuk pasaran tempatan. Terbaru, realme Malaysia mula mengacah ahli baru dalam barisan peranti siri-C melalui poster yang dimuatnaik di laman Facebook mereka.

Berdasarkan imej yang dimuatnaik, ia memberikan gambaran peranti itu bakal dimuatkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh serta empat lensa.

realme C baru

Buat masa ini, realme Malaysia masih belum mendedahkan rekaan peranti mahupun jenis model yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Sudah pasti, lebih banyak mengenainya akan didedahkan menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Terdahulu, realme telah mengumumkan siri Narzo 20 pada awal bulan ini. Ia hadir dengan dua model iaitu Narzo 20 dan Narzo 20 Pro.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY