Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 7

realme 7 5G Diperkenalkan Dengan Cip MediaTek Dimensity 800U, Skrin LCD 120Hz, Dan Bateri 5,000mAh

Diterbitkan November 20, 2020 · Dikemas kini November 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Siri realme 7 kini telah dikembangkan lagi dengan penambahan model terbaharu iaitu realme 7 5G. Seperti namanya ia membawakan rangkaian 5G, sesuatu yang baharu untuk siri ini.

Ia hadir dengan rekaan sama seperti realme 7 yang pernah diperkenalkan sebelum ini, namun spesifikasinya sedikit berbeza.

realme 7 5g 2

Dari segi penawaran, ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 800U dengan modem 5G terbina, RAM 6GB, storan 128GB berasaskan UFS 2.1 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 30W.

Skrin pula dilengkapi dengan 6.5 inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Terdapat lubang kamera swafoto 16MP dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Untuk sistem kamera belakang, gabungan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP monokrom, dan 2MP makro telah dimuatkan.

realme 7 5g

realme 7 5G ditawarkan pada harga sekitar RM1,514 di Eropah. Tidak diketahui sama ada model ini akan dibawa masuk ke Malaysia oleh pihak realme.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY