Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 6i Disahkan Akan Guna Helio G80, 16MP Swafoto, Dan Bateri 5,000mAh

realme 6i Disahkan Akan Guna Helio G80, 16MP Swafoto, Dan Bateri 5,000mAh

Diterbitkan Mac 16, 2020 · Dikemas kini Mac 16, 2020 oleh Meor Hasyim

Belum lagi realme 6 dan 6 Pro hadir secara rasmi di Malaysia, realme dilihat tidak menunggu lama untuk menambah model yang terdapat dalam siri tersebut, iaitu realme 6i.

Peranti ini diposisikan sebagai ‘adik’ paling kecil dalam siri realme 6 dan juga merupakan kemaskini kepada realme 5i sebelum ini. Jadi, ia mendapat naiktaraf selayaknya diberikan oleh pihak realme. Pertamanya, peranti akan gunakan MediaTek Helio G80, sedikit berkuasa dari realme C3 namun masih kurang berkuasa berbanding realme 6.

Realme 6i launch teasers

Selain itu, peranti juga akan menggunakan kuad kamera 48MP belakang dan juga pengecasan pantas 18W. Ia adalah lebih baik berbanding realme 5i yang hanya setakat 10W sahaja. Untuk bateri, ia akan dimuatkan dengan 5,000mAh dan dikatakan akan dicas melalui USB-C. Satu naiktaraf yang ditunggu-tunggu memandangkan realme 5i dicas melalui port micro-USB yang sudah lapuk.

Realme 6i confirmed to feature waterdrop notch display, 16MP selfie camera and 5,000 mAh batteryBahagian kamera swafoto juga dikemaskini. Ia akan menggunakan lensa 16MP dan dimuatkan dalan takuk kecil. Tidak seperti realme 6 dan 6 Pro yang menggunakan rekaan kamera tebuk.

Realme 6i confirmed to feature waterdrop notch display, 16MP selfie camera and 5,000 mAh batterySeperkara lagi, berdasarkan imej yang dikongsi realme (di bawah), pengimbas cap jari realme 6i tidak diletakkan pada bahagian sisi seperti 6 dan 6 Pro. Ia kemungkinan besar diletakkan secara tradisional di bahagian belakang.Realme 6i won't come with a side-mounted fingerprint reader, like the 6 and 6 Prorealme 6i akan dilancarkan petang esok 17 Mac 2020. Jadi, jika anda berminat dengan peranti ini, boleh nantikan pelancarannya esok.

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY