Realme 5 Pro Habis Terjual Pada Jualan Hari Pertama Di Malaysia

Hadir secara rasmi diperkenalkan pada pasaran tempatan pada 3 Oktober yang lalu, Realme Malaysia hari ini mengumumkan model Realme 5 Pro telah habis terjual dalam tempoh 24 jam pada jualan hari pertama dalam negara.



Lanjutan daripada itu, Realme Malaysia merakamkan penghargaan kepada peminat serta pemilik Realme 5 Pro dan turut berjanji akan membawakan lebih banyak penawaran menarik untuk pasaran tempatan.

Merupakan pengganti kepada Realme 3 dan Realme 3 Pro, edisi terbaru ini merupakan keluaran pertama Realme yang dilengkapi dengan sistem kuad kamera, gandingan lensa 48MP+8MP+2MP+2MP manakala lensa selfie pula digalas oleh kamera 16MP.

Pada bahagian dalaman pula, Realme 5 Pro dibekalkan dengan cip pemprosesan Snapdragon 712 beserta sistem memori RAM 8GB dan ruang simpanan 128GB. Tugas menyalurkan kuasa peranti pula diberikan kepada bateri 4035mAh yang dicas menggunakan pengecasan pantas VOOC 3.0 20W.  Realme 5 Pro ditawarkan dengan skrin bersaiz 6.3 inci dengan resolusi FHD+ dan ia mempunyai dua pilihan warna iaitu Sparkling Blue sergta Crystal Green.

https://www.youtube.com/watch?v=6mO5HLszp4E

Dijual rasmi pada harga RM1099 untuk ulasan dari kami mengenai Realme 5 Pro, boleh tonton video diatas.