Mempertaruhkan tetapan 4 kamera, Realme 5 dan Realme 5 Pro dibezakan pada beberapa bahagian spesifikasi.
Realme 5
Versi standard ini hadir dengan skrin paparan 6.5 inci HD+ (720 x 1600p) dengan nisbah paparan 20:9. Menguasakan peranti adalah cip Snapdragon 665 dan dipadankan bersama tiga memori pilihan antara 3GB/32GB, 4GB/64GB serta 4GB/128GB. Ia turut menyokong memori tambahan menerusi kad MikroSD sehingga 256GB dan slot yang disediakan tidak perlu berkongsi dengan slot kad SIM(bukan hybrid).
Bahagian kamera pula menampilkan sensor 12MP (f/1.8) sebagai lensa utama, lensa ultra lebar, lensa potret diikuti dengan lensa makro. Sensor 13MP yang diletakkan pada takuk pula ditugaskan untuk merakaman bahagian hadapan.
Bateri 5000mAh dibekalkan pada peranti ini dimana ia tidak menyokong pengecasan pantas dan daya yang disalurkan pada port MikroUSB hanya 10W. Realme 5 ditawarkan dengan 2 warna pilihan iaitu Crystal Blue dan Crystal Purple dengan harga bermula 9999 Rupee (~RM583).
Realme 5 Pro
Model paling tinggi spesifikasi dalam acara pelancaran kali ini, Realme 5 Pro kelihatan mempunyai reka bentuk lebih kurang sama tetapi dimuatkan dengan komponen lebih baiik berbanding Realme 5.
Skrin paparan untuk versi ini sedikit kecil iaitu hanya berukuran 6.3 inci Full HD+ dan menerima cip yang lebih baik dari model Pro yang sebelumnya (Realme 3 Pro/Snapdragon 710) iaitu Snapdragon 712. Cip ini bakal bergandingan dengan memori antara 4GB/64GB, 6GB/64GB dan 8/128GB.
Turut memberikan 4 kamera pada bahagian belakang, Realme 5 Pro mempunyai kelebihan kerana ia dilengkapi dengan sensor 48MP sebagai lensa utama. Lain-lain lensa masih sama seperti Realme 5. Perbezaan juga didapati pada kamera selfie yang mana ia menggunapakai lensa 16MP yang juga terletak pada takuk dibahagian skrin paparan.
Variasi ini hadir dengan bateri berkapasiti 4035mAh yang menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 20W, disalurkan melalui port USB-C. Warna yang ditawarkan adalah Sparkling Blue dan Crystal Green dengan harga permulaan adalah 13,999 Rupee (~RM816). Penjualan di India akan bermula pada 4 September.
Berkaitan
- Vivo V15 Pro Mungkin Hadir Dengan Kamera Selfie Pop-Up Dan Tiga Kamera Belakang
- Mi 9 Habis Terjual Hanya Dalam Masa 53 Saat Di China
- Xperia 1R Mungkin Jadi Telefon Pintar Pertama Menyokong Paparan 5K
- Xiaomi Mi 9 Kini Rasmi Dilancarkan, Peranti Snapdragon 855 Paling Murah Di Dunia
- Menteri KKMM Menyatakan Laporan Ujian Dan Percubaan 5G Dijangka Siap Suku Ke-4 Tahun Ini
- Snapdragon 865 Dijangka 20% Lebih Pantas Berbanding Snapdragon 855 Plus
- Lenovo Legion Y720 Dan Y520 Sudah Mendarat Di Malaysia
- realme 6i Kini Muncul, Dilengkapi Bateri 5000mAh, Helio G80 Dan 48MP
- Mi Notebook Pro Dikuasakan Dengan Intel Core Generasi-8 Dilancar Secara Rasmi
- Cuba Dulu Baru Beli, OPPO Adakan Program Lend2Go Untuk Anda Cuba Siri Find X2