Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

realme 12x 5G Kini Sedia Untuk Prapesan, Harga Bermula RM899

Posted on Mei 2, 2024

realme Malaysia hari ini telah melancarkan satu lagi telefon pintar terbaru dalam siri realme 12 iaitu realme 12x 5G.

Untuk pengetahuan anda, telefon ini dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 6100+ 5G serta disokong memori LPDDR4X dan pilihan storan 128GB/256GB. Ia juga menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Paparannya pula bersaiz 6.67 inci yang dilengkapi dengan kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 625 nits dan ciri TUV Rheinland Low Blue Light.

Untuk kamera, ia terdiri daripada kamera utama 50MP AI, swafoto 8MP serta kualiti rakaman video 1080p pada 30FPS.

Baterinya hadir dengan kapasiti 5,000mAh dan pengecasan berwayar 15W.

Lain-lain ciri yang hadir untuk telefon ini adalah Bluetooth 5.3, NFC, bicu audio 3.5mm dan penarafan IP54.

Terdapat dua pilihan warna untuk model realme 12x 5G ini iaitu Feather Green dan Glowing Black.

Harga yang telah ditetapkan untuk realme 12x 5G ini adalah seperti di bawah.

  • 8GB + 128GB = RM899
  • 8GB + 256GB = RM1,099

Ketersediaannya pula boleh didapati di rakan kongsi telco seperti CelcomDigi dan Maxis bermula 3 Mei 2024 dan gedung dalam talian pada 5 Mei 2024.

Prapesan peranti realme 12x 5G di:

Shopee – https://invl.io/cll2hsv

Lazada – https://invol.co/clkov74

{suggest}

Sumber: Siaran Media realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress