Razr Mengalami Kerosakan Teruk Hanya Selepas Sehari Dilancarkan

Banyak unit demo Razr di pusat jualan dan pameran dilaporkan rosak teruk.


Imej-imej telefon pintar boleh lipat terbaru Motorola Razr yang rosak teruk kini bertebaran dikongsikan di laman sosial Twitter.

Imej unit Razr yang rosak itu pula bukanlah unit yang sudah dibeli atau dimiliki  pengguna. Sebaliknya adalah unit-unit demo yang terdapat di pusat-pusat jualan dan pameran yang menawarkan model telefon pintar tersebut.

https://twitter.com/JeremyDeBoseCom/status/1223628971268505601

https://twitter.com/folduniverse/status/1225409141335703552

Malah review awal daripada pihak BBC Click yang dibuat pada tahun lalu juga menunjukkan skrin boleh lipat Razr itu sangat mudah ditanggalkan.

https://www.youtube.com/watch?v=1u9pM2TroTU&feature=youtu.be&t=40

Sebelum ini juga pihak Cnet telah pun melakukan ujian ke atas Razr dan hasilnya mereka mendapati telefon pintar boleh lipat itu hanya mampu bertahan sehingga 27 ribu kali ulang lipat sahaja.

Pada tahun lalu Motorola Razr ini telah terpaksa ditangguhkan jualannya kepada pengguna kerana Motorola mendakwa mereka berdepan permintaan tinggi daripada pengguna. Melebihi kemampuan kapasiti pengeluar.

Walaubagaimanapun, laporan-laporan negatif pengguna terhadap peranti ini pastinya akan memberi kesan terhadap prestasi jualan telefon pintar Motorola Razr.

Tambahan pula, kemunculan satu lagi telefon pintar lipat terbaru dari Samsung iaitu Samsung Galaxy Z Flip akan turut memberi kesan terhadap jualan Razr kerana Galaxy Z Flip ditawarkan pada harga yang lebih murah dan ketahanan yang didakwa lebih baik dari Morotola Razr.

Sumber: Ars Technica