Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kenali Teknologi eSIM Dan Kelebihan Yang Terdapat Padanya

Motorola Melewatkan Tarikh Jualan Razr

Diterbitkan Disember 22, 2019 ยท Dikemas kini Disember 22, 2019 oleh ariff bukhari

Sepatutnya pra tempah peranti sudah boleh dibuat pada penghujung bulan ini.

Motorola memaklumkan bahawa mereka terpaksa melewatkan sedikit tarikh penawaran telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Razr 2019 kepada pengguna.

Motorola Razr 2019 yang sepatutnya dijadualkan boleh di pra tempah pengguna pada 26 Disember 2019 terpaksa ditundakan pada tarikh yang belum dipastikan lagi.

Motorola menyatakan, keputusan melewatkan jualan peranti tersebut terpaksa dibuat berikutan permintaan yang tinggi dari pengguna. Melebihi daripada kemampuan kapasiti pengeluar.

“Since its announcement in November, the new motorola razr has received unparalleled excitement and interest from consumers. Demand has been high, and as a result, has quickly outgrown supply predictions. Motorola has decided to adjust razr’s presale and launch timing to better meet consumer demand. We are working to determine the appropriate quantity and schedule to ensure that more consumers have access to razr at launch. We do not anticipate a significant shift from our original availability timeline.” Motorola

Motorola Razr telah pun diperkenalkan pada pertengahan November lalu.

Model itu kembali dihidupkan semula dengan rekaan baharu yang lebih moden serta menggunakan teknologi skrin lentur yang sama sepertimana peranti boleh lipat Samsung Galaxy Fold dan Huawei Mate X.

Motorola Razr 2019 buat masa ini hanya akan ditawarkan kepada pengguna di A.S dahulu secara eksklusif menerusi penyedia servis talian Verizon Wireless.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY