Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengecas Samsung

Telefon ‘Bajet’ Samsung Pun Dilaporkan Tidak Lagi Akan Disertakan Dengan Pengecas

Posted on Mac 8, 2022

Samsung dilaporkan bukan sahaja tidak lagi menyertakan sekali alat pengecas bersama model telefon pintar premium mereka, tetapi juga telefon Galaxy bajet keluaran mereka juga tidak lagi akan disertakan dengan pengecas di dalam kotak.

Ia dilaporkan disahkan oleh peruncit-peruncit telefon pintar di Eropah. Senarai telefon pintar yang tidak lagi disertakan sekali dengan pengecas itu termasuklah model terbaru Galaxy A13 dan Galaxy A23 yang baru diperkenalkan pada awal minggu lalu.

Perkara ini dilihat sebagai tindakan susulan Samsung yang  sebelum ini telah pun tidak lagi menyertakan sekali alat pengecas bersama siri Galaxy S21.

Samsung sebelum ini memberikan alasan tindakan itu dibuat mereka bagi meminimakan impak produk mereka terhadap alam sekitar.

Kenyataan itu dijangka mungkin akan dikitar semula oleh Samsung untuk produk-produk mereka yang lain bagi menyokong tindakan yang dibuat mereka.

Sumber: SAMMOBILE, Samsung

Baca juga:

  • Baru Keluar Dah Buat Hal, Siri Samsung Galaxy S22 Dibuang Daripada Senarai GeekBench
  • Lebih 10 Ribu Aplikasi Android Dalam Telefon Pintar Samsung Galaxy Didakwa Dihadkan Prestasinya
  • Intel Beli Syarikat Pembuat Cip Dari Israel Untuk Saingi Samsung Dan TSMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress