Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Views Of Samsung Group Buildings As Heir Jay Y. Lee Is Arrested on Bribery Allegations

Kemelut Huawei Akan Menjejaskan Keuntungan Suku Kedua Samsung Electronics

Diterbitkan Julai 3, 2019 · Dikemas kini Julai 3, 2019 oleh ariff bukhari

Ekoran penurunan penghantaran cip memori ke syarikat China tersebut.

Reuters melaporkan, laporan tahunan pendapatan bagi suku kedua Samsung Electronics yang akan dibentangkan pada awal Jumaat ini dijangka akan berkurangan lebih daripada separuh.

Ia berikutan kesan daripada penurunan penghantaran cip memori ke syarikat tersebut.

Pembentangan pendapatan itu bakal menyaksikan keuntungan paling rendah yang pernah dialami oleh syarikat gergasi dari Korea Selatan itu dalam tempoh hampir tiga tahun.

Pengurangan penghantaran cip memori kepada Huawei ini berlaku setelah Amerika beberapa bulan sebelum ini telah menyekat sebarang urusan perniagaan dengan Huawei. Sekaligus tindakan tersebut turut mempengaruhi negera-negara yangbersekutu dengan A.S.

Tetapi sekatan tersebut telah ditarik semula setelah Presiden Trump bertemu dengan Presiden China di Jepun dalam Sidang Kemuncak G20 di Osaka, Jepun baru-baru ini.

Selain sebagai syarikat pembekal terbesar di dunia untuk cip memori DRAM dan NAND kepada syarikat-syarikat teknologi yang lain, Samsung Electronics juga merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Jadi, walaupun pendapatan menerusi perniagaan cip berkurangan ekoran kemelut antara Huawei dan A.S,  Samsung mungkin akan berpeluang untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran telefon pintar seterusnya mendapat keuntungan daripada perniagaan telefon pintar mereka.

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY