Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung pay

Ini Cara Aktifkan Dan Senarai Peranti Yang Menyokong Samsung Pay Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 9, 2022 · Dikemas kini Ogos 9, 2022 oleh ariff bukhari

Jika anda memiliki peranti Samsung tetapi masih belum menggunakan servis tersebut, mungkin sudah tiba masanya untuk anda memanfaatkan kelebihan dan kemudahan yang tersedia ditawarkan servis tersebut.

Samsung Pay membolehkan anda menyimpan hampir semua kad debit/kredit dari bank-bank utama di Malaysia.

Jadi, anda tidak perlu membawa kad-kad bank tersebut secara fizikal apabila membeli belah kerana semua pembayaran boleh terus dibuat dari  telefon pintar Samsung anda.

Sekaligus menjadikan beli-belah anda lebih selamat seperti insiden berlakunya kehilangan kad.

Malah beli-belah anda juga jadi lebih menyeronokkan kerana proses pembayaran tanpa tunai lebih mudah dan lancar.

bank sokong samsung pay
Senarai bank-bank serta rangkaian pembayaran yang menyokong servis Samsung Pay.

Selain ada kad debit/kredit bank, anda juga perlulah ada peranti Samsung yang menyokong servis tersebut.

Berikut adalah senarai peranti Samsung yang menyokong servis Samsung Pay:-

1. Jam tangan pintar Samsung:

  • Gear S3
  • Gear Sport
  • Galaxy Watch
  • Galaxy Watch Active
  • Galaxy Watch Active2
  • Galaxy Watch3
  • Galaxy Watch4
  • Galaxy Watch4 Classic

2. Siri Galaxy Z

  • Galaxy Z Fold3 5G
  • Galaxy Z Flip3 5G
  • Galaxy Z Fold2 5G
  • Galaxy Z Flip
  • Galaxy Fold

3. Siri Galaxy Note

  • Galaxy Note20 | Note20 Ultra 5G
  • Galaxy Note10 Lite
  • Galaxy Note10 | Note10+
  • Galaxy Note9
  • Galaxy Note8
  • Galaxy Note Fan Edition
  • Galaxy Note5

4. Siri Galaxy S

  • Galaxy S22 | S22+ | S22 Ultra 5G
  • Galaxy S21 FE 5G
  • Galaxy S21 | S21+ | S21 Ultra 5G
  • Galaxy S20 FE | S20 FE 5G
  • Galaxy S20 | S20+ | S20 Ultra
  • Galaxy S10 Lite
  • Galaxy S10e | S10 | S10+
  • Galaxy S9 | S9+
  • Galaxy S8 | S8+
  • Galaxy S7 edge | S7
  • Galaxy S6 edge+

5. Siri Galaxy M

  • Galaxy M23 5G
  • Galaxy M22
  • Galaxy M33 5G
  • Galaxy M32
  • Galaxy M52 5G
  • Galaxy M62

6. Siri Galaxy A

  • Galaxy A73 5G
  • Galaxy A72
  • Galaxy A71
  • Galaxy A53 5G
  • Galaxy A52s 5G
  • Galaxy A52 | A52 5G
  • Galaxy A51
  • Galaxy A50s
  • Galaxy A42 5G
  • Galaxy A33 5G
  • Galaxy A32 | A32 5G
  • Galaxy A31
  • Galaxy A30s
  • Galaxy A23 5G
  • Galaxy A80
  • Galaxy A9 (2018)
  • Galaxy A9 Pro
  • Galaxy A8 Star
  • Galaxy A8 | A8+
  • Galaxy A7 (2018)
  • Galaxy A7 (2016 & 2017)
  • Galaxy A5 (2016 & 2017)

Berkaitan

  • AirAsia Lancar FACES, Teknologi Pengecaman Wajah Di Lapangan Terbang
  • 'Fast Charging' Lagi Bahaya? Jawapannya Adalah Benar Dan Salah Pada Masa Sama
  • Apple Pay Dilapor Bersedia Untuk Pengguna Malaysia, Maybank Antara Disebut

Berikut pula adalah cara memasukkan kad debit/kredit bank anda ke dalam aplikasi Samsung Pay:-

1. Buka aplikasi Samsung Pay di dalam telefon pintar Samsung dan log masuk ke daalam akaun Samsung anda.

2. Kemudian, setuju pada terma servis dan privasi Samsung Pay yang berkenaan dan tap pada Add card.

SAMSUNG PAY 2
SAMSUNG PAY 1
SAMSUNG PAY 3

3. Seterusnya untuk pengesahan kad, anda boleh pilih sama ada menerima kod pengesahan melalui SMS atau menelefon pihak bank sendiri.

SAMSUNG PAY 6
SAMSUNG PAY 5
SAMSUNG PAY 8
SAMSUNG PAY 7

4. Kini kad debit/kredit bank anda sudah disimpan ke dalam Samsung Pay di dalam telefon pintar anda.

Untuk menggunakan servis tersebut, anda hanya perlu buka aplikasi Samsung Pay dan tap pada bahagian Pay untuk memulakan pembayaran.

SAMSUNG PAY 9
SAMSUNG PAY reward
SAMSUNG PAY 10

Setiap kali pembayaran melalui Samsung Pay dibuat, anda akan terima points untuk Samsung Rewards.

Samsung Rewards membolehkan anda menebus baucar barangan yang disenaraikan dalam Rewards Catalogue.

Servis pembayaran melalui Samsung Pay sudah tersedia disokong oleh pelbagai peruncit utama di Malaysia seperti Baskin Robbins, Starbuck, Krispy Kreme, McDonalds, Family Mart, MYDIN, 99 Speedmart, AEON BIG, Watsons, Guardian, Popular, MPH Book Store, Kinokuniya, Stesen minyak Petronas, BHPetrol, MR. D.I.Y dan banyak lagi.

Untuk info lebih lanjut tentang penawaran servis Samsung Pay di Malaysia, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY