Razer Phone 2 Selamat Mendarat Di Malaysia Dengan Harga RM3449

Peranti kedua daripada syarikat perkomputeran popular, Razer, telahpun diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Razer Phone 2 hadir bersama reka bentuk hampir serupa dengan keluaran terdahulu tetapi dengan panel kaca dan bingkai aluminium.



Menyerikan lagi panel belakang adalah ciri LED Razer Chroma yang membuatkan logo Razer berubah warna mengikut citarasa pengguna.

Antara spesfikasi tawaran Razer pada peranti ini adalah skrin paparan 5.7 inci IPS LCD dengan kadar penyegaran skrin paparan 120Hz, Snapdragon 845 (2.8GHz), RAM 8GB, storan dalaman 64GB, teknologi penyejukan wap, pensijilan IP 67, bateri berkapasiti 4000mAh disertakan dengan pengecasan Qualcomm Quickcharge 4 (0%-50% dalam masa 30 minit) juga sokongan pengecasan tanpa wayar,  dan dwi pembesar suara stereo talaan hadapan.



Sistem kamera pula,  Razer Phone 2 ini dilengkapi dengan kamera utama dwi-lensa 12MP f/1.75 + 12MP f/2.6 manakala kamera hadapan pula 8MP.

Harga untuk pasaran tempatan diletakkan pada nilai RM 3449 di semua pengedar sah Razer. Selain itu, anda juga boleh dapatkannya secara kontrak menerusi UMobile atau Maxis.