Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz

Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz

Diterbitkan September 26, 2019 · Dikemas kini September 26, 2019 oleh ariff bukhari

Berharga dari USD2,499.99.

Pada Isnin lalu, Razer, pengeluar perkakasan dan aksesori komputer berprestasi tinggi telah mengumumkan kehadiran produk terbaru mereka iaitu Razer Blade Pro 17. Razer menyatakan model terbaru komputer riba mereka ini merupakan model pertama yang dengan paparan beresolusi tinggi 4K UHD (3840 x 2160) bersaiz 17 inci dengan kadar segar 120Hz.

“The Razer Blade Pro 17 is known to be the pinnacle of mobile gaming performance. Now we have upgraded it with the most stunning display technology available in a 17-inch laptop.” Brad Wildes, Naib Presiden Kanan, Divisyen Sistem Razer.

Razer Blade Pro 17 dilengkapi dengan kuasa pemprosesan berprestasi tinggi dari cip pemprosesan 6-teras Intel Core i7-9750H serta grafik yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 2080 Max-Q Design (8GB GDDR6 VRAM, Optimus Technology).

Ia juga didatangkan dengan kapasiti RAM 16GB yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB RAM, storan pantas PCIe NVMe bersaiz1TB  yang boleh dinaik taraf kepada 2TB SSD serta sokongan sambungan tanpa wayar Wi-Fi 6 dan Bluetooth 5.0.

Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
Kerangka badan aluminium unibody dengan warna Anodized Matte Black memberikan nilai premium pada Razer Blade Pro 17serta tahan lasak.

Komputer riba Razer Blade Pro 17 baru sahaja ditawarkan bagi pasaran A.S dan China yang dijual pada harga dari USD3,699.99 (sekitar RM15,500.00).

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi produk, sila layari laman muka Razer Blade Pro.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY