Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Tomahawk

Razer Tomahawk Komputer Meja Kompak Berprestasi Tinggi Yang Dibangunkan Razer Dan Intel

Diterbitkan Januari 9, 2020 · Dikemas kini Januari 9, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya perlukan kurang dari 1 minit bagi siap memasang perkakasan komputer tersebut.

Razer dengan kerjasama rapat Intel telah berjaya membangunkan sebuah komputer meja berprestasi tinggi yang dinamakan sebagai Razer Tomahawk Gaming Desktop.

Komputer meja tersebut dibangunkan khusus untuk pemain tegar permainan komputer yang mahukan prestasi terbaik dalam permainan mereka.

Ap ayang menjadikannya lebih menarik adalah perkakasan Razer Tomahawk amat mudah dipasang di mana pengguna hanya memerlukan kurang daripada 1 minit bagi siap memasang kesemua perkakasan komputer tersebut ke dalam kerangka aluminium kompak Razer Tomahawk N1.

Razer Tomahawk Komputer Meja Kompak Berprestasi Tinggi Yang Dibangunkan Razer Dan Intel
Razer Tomahawk Gaming Desktop.

Razer Tomahawk Gaming Desktop dipadankan dengan perkakasan cip pemprosesan Intel Core-i9,  DDR4 RAM 64GB dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super.

Ia juga dilengkapi dengan 2x sambungan Thunderbolt 3, 2x sambungan 1G Ethernet, 2x sambungan HDMI 2.0A dan 6x sambungan USB 3.2 Gen 2.

Selain itu, pengguna juga bukan saja boleh menaik taraf storan SSD dan RAM Razer Tomahawk, tetapi juga kipas penyejuk, kad grafik dan unit NUC keseluruhannya.

Bermakna, hampir kesemua perkakasan Razer Tomahawk boleh dinaik taraf dengan mudah.

Unit NUC
Unit Intel NUC 9 Extreme Compute Element.

Razer memaklumkan, Razer Tomahawk Gaming Desktop ini akan mula ditawarkan dalam  separuh pertama tahun ini. Kerangka N1 Tomahawk juga akan ditawarkan sebagai aksesori berasingan bagi penggemar pembangun komputer.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang pengumuman tanda harga bagi komputer tersebut buat masa ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
©2026 WISER.MY