Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Patenkan Rekaan Pad Kawalan Bagi Telefon Pintar Seakan Nintendo Switch

Razer Patenkan Rekaan Pad Kawalan Bagi Telefon Pintar Seakan Nintendo Switch

Diterbitkan September 14, 2019 · Dikemas kini September 14, 2019 oleh ariff bukhari

Nampak macam sama tapi bukan.

Razer telah memfailkan paten peranti pad alat kawalan permainan bagi digunakan bersama peranti mudah alih. Bagi peminat permainan video jika sekali pandang mereka pasti akan mengatakan ia seakan menyerupai rekaan peranti  Nintendo Switch.

Razer Patenkan Rekaan Pad Kawalan Bagi Telefon Pintar Seakan Nintendo Switch
kredit: Nintendo

Paten yang bertajuk “GAMING CONTROLLER FOR MOBILE DEVICE AND METHOD OF OPERATING A GAMING CONTROLLER” direka dengan ciri yang membolehkan ia digabungkan bersama peranti mudah alih yang lebih besar seperti tablet atau telefon pintar.

 

Razer Patenkan Rekaan Pad Kawalan Bagi Telefon Pintar Seakan Nintendo Switch
Kredit: Lets Go Digital

Sebelum ini dalam tahun 2013 Razer pernah melancarkan peranti kawalan permainan Razer Edge Pro untuk tablet yang dilengkapi dengan kerangka serta alat kawalan di bahagian kiri dan kanan.

Razer Patenkan Rekaan Pad Kawalan Bagi Telefon Pintar Seakan Nintendo Switch
Razer Edge Pro.

Buat masa ini belum ada imej lengkap yang menunjukkan rekaan akhir bagi paten alat kawalan terbaru dari Razser ini serta belum sebarang pengumuman rasmi bilakah ia akan dilancarkan.

Sumber: Tech Radar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY