Hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja buat masa ini.
Pengeluar aksesori barangan komputer terkenal, Razer telah menghasilkan produk mereka dengan bertemakan karektor anime Pokemon dari Jepun iaitu Pikachu.
Aksesori bertemakan Pikachu itu meliputi papan kekunci, tetikus dan pelapik tetiku Razer yang dijual berasingan.
Bagi papan kekunci Pikachu, ia dilengkapi dengan pelapik tangan yang mengandungi ukiran imej timbul Pikachu dan beberapa ikon khas yang merujuk kepada anime tersebut. Aksesori papan kekunci Razer bertema Pikachu ini dijual pada harga CNY699 (sekitar RM415.00)
Manakala bagi aksesori tetikus pula didatangkan bersama pelapik istimewa bertemakan Pikachu yang dijual pada harga CNY399 (sekitarRM235).
Cuma setakat ini aksesori istimewa Razer bertema Pikachu ini hanya dijual untuk pasaran China sahaja buat masa ini yang boleh dibeli menerusi laman rasmi Razer China.
Sumber: NintendoSoup
Berkaitan
- Razer Fintech Dijenamakan Semula, Tampil Dengan Identiti Baharu
- Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android
- OtterBox Umum Aksesori Pelindung Baharu Untuk iPhone
- Razer Tomahawk Komputer Meja Kompak Berprestasi Tinggi Yang Dibangunkan Razer Dan Intel
- Aksesori Hub USB-C Dari Sony Ini Merupakan Yang Terpantas Di Dunia
- Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia
- Peminat Mandalorian Kini Sudah Boleh Mendapatkan Cenderamata Dan Aksesori Asli Siri TV Tersebut
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- Razer Toaster Bakal Menjadi Realiti
- Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019