Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia

Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia

Diterbitkan Julai 26, 2019 · Dikemas kini Julai 27, 2019 oleh ariff bukhari

Pelbagai pilihan monitor berprestasi tinggi dan ratusan aksesori asli dari Armaggeddon yang kini boleh dibeli di laman Shopee.

LeapfroGlobal Group telah perkenalkan barisan produk terbaru Armaggeddon kepada umum, khususnya untuk para peminat tegar permainan komputer di acara khas mereka di PWTC pada pameran Toys, Anime, Games Comic Con (TAGCC) 2019 yang telah pun berlangsung bulan lalu.

Pada acara khas itu, mereka telah mengumumkan kehadiran barisan siri monitor “PIXXELL+” untuk peminat permainan komputer yang terdiri daripada siri Pro PF22HD, Pro PF24HD, Pro PC27HD, EFX27UHD SWITX, XTREME XC24HD, XTREME X27HD, XTREME XC30HD, XTREME XC32HD dan XTREME XC39HD.

Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia
Kesemua monitor PIXXEL+ Armaggeddon dilengkapi dengan ciri teknologi AMD free-sync.

Monitor “PIXXEL+” Armaggeddon ini hadir dalam pelbagai saiz paparan yang ditawarkan kepada pengguna iaitu dari saiz 21.5″ hinggalah 38.5″ pada harga yang mampu dimiliki.

Selain pelbagai pilihan monitor, Armaggeddon juga mengumumkan aksesori ‘gaming rig‘ terbaru untuk komputer meja seperti papan kekunci, kerusi ergonomik, meja komputer boleh laras dan lain-lain lagi.

Anda Kini Boleh Dapatkan Pelbagai Aksesori Komputer Armaggeddon Di Stor Rasmi Shopee Malaysia
Selain aksesori komputer, turut diperkenalkan adalah pelbagai pakaian eksklusif Armaggeddon yang boleh dibeli terus dari Shopee.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki pelbagai barangan aksesori komputer jenama Armaggeddon, anda kini boleh terus membelinya dari stor rasmi Armaggeddon Shopee Malaysia bermula hari ini.

Malah sempena pelancaran rasmi stor tersebut pada hari ini, mereka menawarkan potongan harga bagi kesemua 216 produk yang terdapat di dalam Shopee Malaysia – Armaggeddon Official Store bermula dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2019 serta turut memberikan pelbagai hadiah eksklusif secara percuma kepada para pembeli produk-produk mereka.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY