Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019

Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019

Diterbitkan Mei 28, 2019 · Dikemas kini Mei 28, 2019 oleh ariff bukhari

Grafik Razer Blade Studio Edition dikuasakan oleh NVIDIA Quadro RTX 5000.

Razer di Computex 2019 mengumumkan 2 model komputer riba terbaru iaitu Razer Blade 15 Studio Edition dan Razer Blade Pro 17 Studio Edition.

Kuasa grafik bagi kedua-dua model komputer ini dikuasakan oleh NVIDIA Quadro RTX 5000. Ia merupakan cip grafik terbaru paling berkuasa dari Nvidia yang dibangunkan khusus bagi komputer riba.

Menurut Razer, cip grafik berkuasa Nvidia ini akan mampu menampung malah melebihi jangkaan pengguna profesional.

Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019
Razer Blade Studio Edition disaluti warna Mercury White serta menyokong kapasiti RAM sehingga 32GB dan storan NVMe sehingga 1TB.

Bagi model Razer Blade 15 Studio Edition, ia didatangkan bersama paparan skrin sentuh 4K OLED serta cip pemprosesan Intel Core Gen-9 i7-9750H.

Manakala Razer Blade Pro 17 Studio Edition pula menggunakan panel skrin 4K 120Hz  serta cip pemprosesan Intel Core Gen-9 i9-9880H.

Razer belum mengumumkan harga bagi model komputer riba Razer Blade Studio Edition ini. Tetapi ia dijangka akan tiba di pasaran pada September tahun ini.

Info lanjut boleh didapati di laman Razer Blade Studio Edition.

P/s: Berdasarkan spesifikasi yang ada pada Razer Blade Studio Edition ini, penulis menjangkakan harga jualannya akan bermula dari RM15 ribu dan ke atas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY