Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
The Mandalorian

Peminat Mandalorian Kini Sudah Boleh Mendapatkan Cenderamata Dan Aksesori Asli Siri TV Tersebut

Diterbitkan November 27, 2019 · Dikemas kini November 27, 2019 oleh ariff bukhari

Khususnya peminat baby Yoda.

Jika anda adalah peminat tegar filem Star Wars anda secara automatik pastinya akan turut sama meminati siri tv terbaru terbitan Disney yang sedang menjadi bualan hangat para peminat Star Wars, The Mandalorian.

Menerusi laman rasmi Star Wars, mereka mengumumkan cenderamati dan aksesori rasmi siri tv itu yang sudah boleh dibeli menerusi atas talian dari 7 laman stor iaitu Amazon, Design By Humans, Hot Topic, shopDisney, Walmart, Zazzle dan 80’s Tees.

Cenderamata yang dihasilkan merangkumi beg tote, koleh, baju t, figura, lego dan lain-lain. Cenderamata-cenderamata itu memaparkan foto baby Yoda aka The Child, karektor utama The Mandalorian sendiri dan imej-imej lain sebagai tema utamanya.

Peminat Mandalorian Kini Sudah Boleh Mendapatkan Cenderamata Dan Aksesori Asli Siri TV Tersebut

funko pop mandalorian

Untuk info lanjut anda bolehlah melayari laman muka rasmi Star Wars, The Mandalorian di Amazon,com.

Sebanyak 3 daripada 8 episod The Mandalorian sudah pun ditayangkan di tv menerusi platfom penstriman Disney+.

Ia berkisarkan kisah seorang pemburu upahan yang dikenali sebagai Mandalorian di penghujung galaksi berlatarkan semesta Star Wars.

Kisah The Mandalorian ini berlaku 5 tahun selepas peristiwa di dalam filem Star Wars: Episode VI – Return Of The Jedi dan 25 tahun sebelum filem Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY