Dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10.
Razer di pameran elektronik IFA telah memperkenalkan komputer riba terbaru, Razer Blade Stealth 13. Razer menyatakan bahawa ia adalah komputer riba ultra nipis khusus untuk permainan video pertama di dunia.
Razer Blade Stealth 13 juga adalah antara komputer riba terawal yang dikuasakan cip pemprosesan terbaru Intel Core Generasi Ke-10 (Quad-Core i7-1065G7 Processor with Hyper Threading 1.3 GHz / 3.9 GHz (Base/Turbo). Kuasa grafiknya pula dikuasakan oleh NVIDIA GeForce GTX 1650.

Ia turut dilegkapi dengan kapasiti RAM standad 16GB LPDDR4 3733MHz dual-channel onboard memory (Fixed) serta storan PCIe M.2 bersaiz 512GB.
Terdapat 2 warna pilihan ditawarkan iaitu Black Temper dan versi Mercury White. Model terbaru Razer Blade Stealth ini akan dijual pada harga bermula dari USD1,499 dan akan mula ditawarkan pada penghujung bulan September ini di laman rasmi Razer.com.
Pasaran terawal yang akan menerima kehadiran komputer riba ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Nordics, China, Australia, Hong Kong, Jepun, Singapura dan Taiwan.
Sila layari laman muka Razer Blade Stealth 13 untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi.
Berkaitan
- Razer Perkenalkan Komputer Riba Pertama Mereka Yang Dilengkapi Dengan Paparan 17 Inci 4K UHD 120Hz
- Razer Hadir Dengan Komputer Riba Razer Blade Studio Edition Di Computex 2019
- "Jangan Pukul Orang Guna Pelapik Tetikus Gaming Kami" - Razer
- Razer Menghasilkan Alat Kawalan Permainan Untuk Platfom iOS Dan Android
- Razer Melancarkan Aksesori Kustomasi Warna Untuk Papan Kekunci
- Aplikasi Pelayar Vivaldi Kini Diselaras Bersama Perkakasan Razer Chroma
- Razer Melancarkan Mikrofon 'Razer Seiren Emote'
- Razer Tomahawk Komputer Meja Kompak Berprestasi Tinggi Yang Dibangunkan Razer Dan Intel
- Viper Mini - Tetikus 'Gaming' Terbaru Dan Paling Ringan Dari Razer
- Razer Melancarkan Tetikus Khusus Untuk Pengguna Kidal