Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Mahu Pengguna Gunakan Razer Softminer Untuk Kredit Razer Store

Razer Mahu Pengguna Gunakan Razer Softminer Untuk Kredit Razer Store

Diterbitkan Disember 13, 2018 oleh Wiser MY

Kalau anda fikir industri mata wang krypto sudah berakhir, Razer baru sahaja mengumumkan yang mereka mahukan peminat mereka untuk menggunakan perisian Razer Softminer, sebuah perisian mining yang akan dipasang pada PC pengguna mereka bagi mendapatkan mata wang krypto.

Selepas itu, pengguna boleh menyerahkan semua mata wang krypto tersebut kepada Razer dan mereka akan menukarkannya kepada Razer Silver, satu bentuk mata wang yang boleh menebus barangan Razer, permaianan dan baucar di laman dedikasi mereka.

Razer menganggarkan untuk sistem yang menggunakan NVIDIA GTX 1050 atau AMD RX 460, 500 Razer Silver boleh diperolehi oleh pengguna dalam proses satu hari. Razer Silver pula mempunyai tarikh luput dalam tempoh setahun selepas pengguna mendapatkannya.

Razer Mahu Pengguna Gunakan Razer Softminer Untuk Kredit Razer Store

Untuk mereka yang berminat, Razer memberikan 1000 Razer Silver dengan hanya memuat turun Razer Softminer dan log masuk ke dalam perisian tersebut menggunakan Razer ID. Maklumat lanjuat dan FAQ, boleh layari laman Razer.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY