Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Keluarkan Sarung Pelindung Yang Boleh Kurangkan Pemanasan Telefon Pintar

Razer Keluarkan Sarung Pelindung Yang Boleh Kurangkan Pemanasan Telefon Pintar

Diterbitkan September 12, 2019 ยท Dikemas kini September 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Apabila telefon pintar dipakai secara berterusan seperti memainkan permainan mudah alih, suhu peranti akan meningkat. Disebabkan itu, pengeluar melengkapkan sistem penyejukan pada peranti lebih-lebih lagi pada model yang memfokuskan kepada permainan.

Kini sebagai ciri penyejukan tambahan, Razer telah memperkenalkan aksesori berupa sarung dipanggil sebagai Arctech yang mempunyai keupayaan mengekalkan suhu rendah pada telefonn pintar.

Razer Arctech

Dibangunkan dengan tiga lapisan, salah satu daripadanya diperbuat daripada Thermaphene, berkebolehan menyalurkan haba keluar daripada peranti.

Lapisan seterusnya adalah mikrofiber yang berfungsi menghindari panel belakang peranti daripada calar serta luaran polycarbonate/thermoplastic bagi melindungi peranti daripada hentakan ketika jatuh.

Razer Arctech ditawarkan untuk iPhone XR, XS, XS Max, ketiga-tiga model terbaru dari Apple iaitu iPhone 11 dan tidak dilupakan juga telefon pintar keluaran mereka sendiri, Razer Phone 2. Ia akan ditawarkan dalam beberapa versi pada harga dari $29.99 (~RM125) sehingga $44.99 (~RM187).

Sumber: Razer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY