Razer Hammerhead True Wireless Pro Dilancarkan - Dilengkapi Ciri Pembatalan Hingar Aktif

Razer pada Oktober lalu telah memperkenalkan fon telinga tanpa wayar Hammerhead True Wireless. Terbaru, Razer kini secara rasmi melancarkan Hammerhead True Wireless Pro. 



Tidak seperti sebelumnya, Hammerhead True Wireless Pro hadir dengan rekaan dari jenis in-ear.

Dari segi spesifikasi, fon telinga ini dilengkapi dengan ciri pembatalan hingar aktif (ANC) dan sokongan audio THX. Sama seperti Hammerhead True Wireless, ia mempunyai mod Gaming dengan sambungan latensi rendah pada 60ms.

harga Hammerhead True Wireless Pro

Ia turut dilengkapi dengan pemacu audio bersaiz 10mm dan juga frekuensi 20Hz-20kHz. Terdapat dua unit mikrofon yang dimuatkan pada fon telinga ini.

Untuk kapasiti bateri, Hammerhead True Wireless Pro dikatakan mempunyai ketahanan sehingga 4 jam penggunaan bagi satu pengecasan penuh. Sementara itu, penggunaan bersama kerangka boleh bertahan sehingga 20 jam.

harga Hammerhead True Wireless Pro

Antara lainnya adalah mempunyai sambungan Bluetooth 5.1, kerangka dengan pengecasan USB Type-C, sokongan IPX4 bagi perlindungan peluh/renjisan air dan sebagainya.

Hammerhead True Wireless Pro ditawarkan pada harga RM1,199 dan boleh dibeli melalui laman rasmi Razer.