Razer Dalam Usaha Menghasilkan Pelindung Muka Bagi Melawan Covid-19

Pelindung muka Razer akan didermakan kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus melawan Covid-19.


Razer yang sememangnya terkenal mengeluar dan menghasilkan perkakasan dan aksesori premium komputer telah mengumumkan akan menghasilkan pula pelindung muka bagi melawan Covid-19.

Ia diumumkan oleh CEO Razer, Min-Liang Tan di laman Faceboook rasmi milik beliau baru-baru ini.



"While there has been incredible demand for our products during this time with many staying home to avoid the crowds (and to play games), the team at Razer understands that all of us have a part to play in fighting the virus – no matter which industry we come from.

Over the past few days, our designers and engineers have been working 24-hour shifts to convert some of our existing manufacturing lines to produce surgical masks so that we can donate them to countries around the world."

Ia merupakan salah satu usaha dari pihak Razer bagi turut sama membantu memenuhi keperluan utama yang diperlukan masyarakat ketika ini bagi mengelakkan daripada dijangkiti Covid-19.

Beliau juga mensasarkan untuk mendermakan sehingga 1 juta pelindung muka kepada barisan  hadapan yang bertungkus lumus melawan wabak Covid-19.

Untuk permulaan, Razer telah mendapatkan pihak berkuasa Singapura bagi tujuan derma pelindung muka tersebut.

Seterusnya mereka akan cuba meluaskan hubungan dengan pihak-pihak kerajaan dari negara-negara lain menerusi ibu pejabat yang ada di negara-negara tersebut bagi tujuan pengurusan derma pelindung muka tersebut.