Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Barracuda X Chroma, Fon Kepala ‘Gaming’ Dengan Inovasi Baharu Lampu RGB

Razer Barracuda X Chroma, Fon Kepala ‘Gaming’ Dengan Inovasi Baharu Lampu RGB

Diterbitkan Oktober 25, 2024 oleh Rushsyafizal

Razer memperkenalkan fon kepala gaming tanpa wayar terbaru, Barracuda X Chroma, yang kini tampil dengan logo bercahaya dan lampu LED berwarna di sekitar setiap earcup.

Razer Barracuda X Chroma, Fon Kepala ‘Gaming’ Dengan Inovasi Baharu Lampu RGB
Razer Barracuda X Chroma, Fon Kepala ‘Gaming’ Dengan Inovasi Baharu Lampu RGB

Barracuda X Chroma ini dilengkapi enam zon pencahayaan RGB yang boleh disesuaikan menggunakan Razer Chroma Studio di desktop atau aplikasi mudah alih Razer Audio.

Dengan 16.8 juta warna pilihan, pengguna dapat menyelaraskan warna mengikut tema bilik gaming atau peranti lain, malah terdapat mod kesan cahaya yang selari dengan lebih 300 permainan.

Dari segi prestasi, Barracuda X Chroma boleh dihubungkan secara tanpa wayar melalui Bluetooth atau sambungan 2.4GHz HyperSpeed Razer untuk mengurangkan lag. Dengan pencahayaan RGB dimatikan, hayat bateri mencapai sehingga 70 jam, namun ia menurun kepada 35 jam dengan lampu menyala. Selain itu, hanya dengan 15 minit pengecasan, pengguna dapat menikmati sekitar enam jam waktu bermain.

Fon kepala ini juga dilengkapi memory foam cushions pada earcup berputar, pemandu audio 40mm, mikrofon HyperClear kardioid yang boleh ditanggalkan, serta butang bisu dan dail volum pada earcup sebelah kiri. Walaupun sedikit lebih berat pada 285 gram berbanding model sebelumnya (250 gram), ia tetap memberikan keselesaan jangka panjang.

Barracuda X Chroma ini menyokong pelbagai peranti seperti PC, Mac, Nintendo Switch, PlayStation, Steam Deck, serta peranti Android dan iOS, tetapi masih tidak serasi dengan protokol tanpa wayar Xbox.

Model baharu ini tersedia untuk prapesan dalam warna hitam atau putih dengan harga USD129.99 (~RM563).

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • AFM Fulfillment Lancar Gudang Robotik Pintar Pertama Di Malaysia Untuk e-Dagang
  • HMD Merupakan Telefon Rasmi Pasukan FC Barcelona
  • Aplikasi MyInvois Kini Tersedia Di Telefon Pintar Android, iOS Dan Huawei
  • Pencipta Linux Muak Dengan Masalah Pepijat Dari Perkakasan Intel, AMD Dan NVIDIA

Sumber: razer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY