Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KV 2

HMD Merupakan Telefon Rasmi Pasukan FC Barcelona

Diterbitkan Oktober 25, 2024 oleh Rushsyafizal

HMD Global kini bekerjasama dengan FC Barcelona sebagai Rakan Telefon Rasmi Global. Kerjasama tiga tahun ini melibatkan pelbagai pasukan sukan Barcelona seperti bola sepak, bola keranjang, futsal, dan hoki roller, memperkuatkan jenama HMD di peringkat global melalui papan iklan digital dan platform digital Barcelona yang menjangkau 468 juta peminat.

Selain itu, HMD Global turut memperkenalkan telefon baharu untuk pasaran Malaysia iaitu HMD Skyline, HMD Barbie Phone dan HMD Fusion.

HMD Skyline

KV 1 (1)
KV 2 (1)
HMD Skyline_1

HMD Skyline, telefon pintar 5G pertama dari HMD, kini sudah pun tersedia secara rasmi di Malaysia dengan harga RM1,999. Dilengkapi kamera 108MP Hybrid OIS, ia menawarkan kemampuan fotografi profesional seperti zoom 4x dan mod ultra lebar. Ciri AI Capture Fusion juga memastikan gambar jelas dalam setiap detik, manakala Detox Mode membantu pengguna untuk menyesuaikan pengalaman digital mereka. Ia juga turut membekalkan bateri yang mampu bertahan sehingga 48 jam dan pengecasan Qi2 magnetik.

HMD Barbie Phone

HMD Barbie_6
HMD Barbie_2
HMD Barbie_1
HMD Barbie_3

HMD Barbie Phone menggabungkan nostalgia dengan gaya retro, dilengkapi cermin depan, penutup yang boleh ditukar, dan aksesori bertema Barbie seperti lanyard berkilat. Rekaan yang dikemas dengan warna merah jambu ini ditawarkan pada harga RM599. Telefon ini turut hadir dengan kamera 0.3MP untuk gambar bergaya Y2K dan menawarkan sehingga sembilan jam masa berbual, menjadikannya aksesori hidup bergaya dan santai.

HMD Fusion

HMD Fusion
KV 1 (2)

Mengukuhkan portfolio, HMD Global bersedia untuk memperkenalkan HMD Fusion, telefon modular yang menawarkan penyesuaian tanpa had dengan aksesori seperti lampu cincin, pengecasan tanpa wayar, dan perlindungan lasak.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Satelit Boeing Meletup, Serpihan Dikhuatiri Bahayakan Satelit Lain
  • Rasai Pengalaman Audio Di Jerayawara JBL Rewind Revolution
  • MG Cyberster Tiba Di Malaysia, Roadster Elektrik Berharga Kurang Dari RM350,000
  • AS Mahu Jawapan Bagaimana Cip TSMC Berada Dalam Peranti Huawei

Sumber: Siaran media HMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY