Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1. [From Left to right] Jookaplee Shaaibon, Chief Executive Officer, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Chief Secretary of the Ministry of Entrepreneur and Cooperatives Development (MECD), and Mohammad Taufi

AFM Fulfillment Lancar Gudang Robotik Pintar Pertama Di Malaysia Untuk e-Dagang

Diterbitkan Oktober 25, 2024 oleh Rushsyafizal

AFM Fulfillment (AFM), peneraju dalam penyelesaian e-dagang di Malaysia melancarkan gudang robotik pintar pertama di negara ini. Inovasi ini membawa anjakan besar dalam industri e-dagang dengan menawarkan sistem yang lebih cekap, tepat, dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud. Acara ini menonjolkan potensi teknologi robotik AFM yang mampu beroperasi tanpa henti, mengurangkan kesilapan manusia dan kos buruh, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sistem ini juga menyediakan penjejakan masa nyata menerusi papan pemuka komprehensif, membolehkan perniagaan memantau prestasi secara lebih efektif.

2. Mohammad Taufik Othman, Executive Chairman of AFM Fulfillment, delivering his keynote speech at the launch event, highlighting the innovative advancements of AFM’s smart robotic syste

Pengerusi Eksekutif AFM, Mohammad Taufik Othman berkata sistem robotik pintar ini bukan sahaja menyelesaikan cabaran pemenuhan pesanan, malah mengubah cara industri beroperasi.

Kebolehskalaan sistem ini membolehkan kami memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang, memacu kecekapan operasi dan penjimatan kos bagi pelanggan kami

Selain logistik, AFM juga menawarkan ekosistem lengkap untuk jenama e-dagang yang meliputi pemasaran, jualan, dan perkhidmatan. Gudang AFM yang strategik juga berfungsi sebagai hab pengedaran, memastikan penghantaran pantas seperti penghantaran 24 jam atau keesokan hari.

AFM kini merancang untuk berkembang ke Johor, Pulau Pinang, Malaysia Timur dan seluruh rantau menjelang 2027. Dengan komitmen terhadap inovasi, AFM terus menetapkan penanda aras baharu dalam industri e-dagang.

Sumber: Siaran media AFM Fulfillment

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY