Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Razer Akan Lancar Konsol Mudah Alih 5G Pertama Di Dunia Bulan Depan

Razer Akan Lancar Konsol Mudah Alih 5G Pertama Di Dunia Bulan Depan

Diterbitkan September 29, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh Firdaus

Verizon, Qualcomm dan Razer telah bekerjasama dalam memperkenalkan konsol gaming mudah alih 5G pertama dunia – Razer Edge 5G.

Melalui Qualcomm, peranti ini akan dibina berasaskan platform gaming Snapdragon G3X Gen 1 dan direka khas untuk pengalaman gaming berprestasi tinggi.

BREAKING: @Verizon, @Razer and @Qualcomm are teaming up on the world's first 5G mobile gaming handheld—Razer Edge 5G! It will allow you to play your favorite games regardless of whether you are gaming in the cloud, on an app or streaming from your console. https://t.co/TYPw5xFyeF pic.twitter.com/F9Vg3CfABl

— George Koroneos 🗿🍹 (@GLKCreative) September 28, 2022

Menarik lagi, Razer Edge 5G mempunyai sokongan butang yang memberikan tindak balas haptik kepada pemain.

Selain itu, rekaan fizikal peranti ini juga dilihat seperti gabungan daripada alat pengawal konsol dan konsol mudah alih. Mirip yang kita lihat pada Steam Deck, Nintendo Switch dan Logitech G Cloud.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Logitech Lancar Peranti Gaming Pertama, Rupa Umpama Nintendo Switch
  • Acer Lancar Predator Orion 7000 'Gaming Desktop' Versi Intel Gen-13

Tambahan lagi, sokongan 5G pada Razer Edge 5G ini memberikan pemain kelebihan bermain sebarang video games secara awan, aplikasi mahupun strim secara terus dari konsol ini.

Secara ringkas, kita boleh anggap Razer Edge 5G ini setara dengan konsol cloud gaming seperti Logitech G Cloud. Razer akan mengumumkan konsol ini di Razer Con pada 15 Oktober depan.

Sumber: Verizon

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY