Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Logitech Lancar Peranti Gaming Pertama, Rupa Umpama Nintendo Switch

Logitech Lancar Peranti Gaming Pertama, Rupa Umpama Nintendo Switch

Diterbitkan September 22, 2022 · Dikemas kini September 22, 2022 oleh Firdaus

Logitech telah melancarkan konsol mudah alih gaming pertama mereka – Logitech G Cloud dengan rupa bentuk seperti Steam Deck dan Nintendo Switch.

Logitech Lancar Peranti Gaming Pertama, Rupa Umpama Nintendo Switch

Sebelum ini, kita telah mendengar khabar angin bahawa Logitech akan mengeluarkan peranti gaming yang menyokong cloud gaming.

Berkaitan

  • Rangkaian Rockstar Diceroboh, Sahkan Rakaman 'Gameplay' GTA 6 Yang Tertiris
  • Selepas GTA 6, 'Gameplay' Diablo 4 Pula Didedahkan
  • 2 Siri The Uncharted Bakal Hadir Ke Platform PC Oktober Depan
  • NVIDIA Lancar GeForce RTX 4080 Dan RTX 4090, Harga Dari ~RM4106
  • Lapsus$ Dipercayai Dalang Sebalik Ketirisan GTA 6 Dan Godaman Uber

Dengan cip Snapdragon 720G, pengguna dapat memainkan beberapa mobile games Android yang ada di luar sana.

Logitech Lancar Peranti Gaming Pertama, Rupa Umpama Nintendo Switch

Tambahan lagi, ciri utama G Cloud ini adalah ia menawarkan ciri penstriman games seperti Xbox Game Pass dan GeForce Now melalui ciri Xbox Remote Play dan Steam Link.

Logitech Dan Tencent Dilapor Bekerjasama Bangunkan Konsol Mudah Alih Android

Selain cip Snapdragon 720G, Logitech G Cloud ini mempunyai skrin bersaiz 7 inci dalam format 16:9 pada resolusi FHD. 

Tambahan lagi, ada juga pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan port USB-C 3.1.

Logitech G Cloud ini menggunakan memori RAM LPDDR4X sebesar 4GB dengan storan UFS  pada saiz 64GB.

Di samping itu, Logitech G Cloud ini disokong bateri sebesar 6,000mAh yang mana dikatakan mampu bertahan hingga 12 jam penggunaan.

Ia turut mempunyai sokongan kad mikroSD untuk storan tambahan tetapi tidak mempunyai slot kad SIM atau 5G.

Oleh itu, pengguna perlu sentiasa berada di tempat yang mempunyai sambung Wi-Fi untuk menggunakannya.

Di Barat, Logitech G Cloud dijual pada tanda harga USD350, jadi ia mungkin akan dijual pada harga sekitar RM1600 untuk pasaran Malaysia.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY