Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
snapdragon gaming g3x gen 1-min

Snapdragon Rasmi Cip Khas Untuk Konsol, Kerjasama Dengan Razer

Diterbitkan Disember 2, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Terdapat kira-kira 2.5 bilion pemain mudah alih di dunia hari ini. Industri permainan komputer, mudah alih dan konsol sekaligus telah menjana 125 bilion dolar setahun, satu jumlah yang menyebabkan syarikat seperti Qualcomm tidak dapat untuk menutup sebelah mata.

Dalam acara yang sama juga, hari ini Snapdragon mengumumkan Snapdragon G3x Gen 1 Gaming Platform, cip yang dibina khas untuk permainan. 

Ia memberikan prestasi tertinggi untuk memainkan semua permainan pada Android, kandungan dari permainan awan, strim permainan daripada konsol atau komputer serta menikmati kandungan hiburan daripada aplikasi Android.

Antara ciri pada Snapdragon G3x Gen 1 Gaming ini ialah kemampuannya menjalankan permainan pada 144 fps (frame per second), 10 bit HDR, multiskrin dan kebolehan dijadikan sebagai controller pada televisyen 4K. Ia turut menyokong rangkaian Wi-Fi 6, Wi-Fi 6E, 5G mmWave dan sub-6 serta didatangkan dengan teknologi Snapdragon Sound dan lain lagi.

snapdragon gaming g3x gen 1 razer handheld
Snapdragon G3x Handheld Gaming Developer Kit

Semalam juga, kami ada kongsikan tentang khabar angin konsol mudah alih hasil kerjasama Qualcomm dan Razer. Selari dengan laporan itu, Snapdragon G3x Handheld Gaming Developer Kit hasil kerjasama dengan Razer juga dilancarkan dan tersedia khas untuk para pembangun bermula hari ini.

Konsol mudah alih ini juga dilengkapi Snapdragon G3x dan tetapi masa ini belum dijual pada umum kerana mereka sedang bekerjasama dengan pembangun permainan untuk maklum balas.

Baca juga:

  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan
  • Snapdragon 8 Gen 1 Diperkenal, Cip 4nm Lagi Padu Daripada Snapdragon 888
  • Apple Akan Tingggalkan Qualcomm, Guna Modem 5G Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY