Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
fast internet gold coast

Rakyat Malaysia Mahukan Internet Berkelajuan Tinggi Dengan Harga Mampu Milik

Diterbitkan Ogos 21, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat penyedia-penyedia sambungan internet mula meningkatkan kelajuan rangkaian disusuli penurunan harga pelan.

Hal ini selari dengan kenyataan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B Gobing Singh Deo, akses internet adalah hak setiap rakyat.

Walaupunbegitu, menurut CFM, pihak mereka masih mendapat aduan serta rungutan daripada pengguna menerusi media sosial dan portal aduan. Antara yang mengecewakan para pengguna adalah dari segi harga pelan dan juga amat amalan tidak adil mengenai perkhidmatan jalur lebar tetap.

Lanjutan daripada itu, CFM telah mengadakan undian secara dalam talian. Antara soalan yang diajukan dalam undian kaji selidik tersebut adalah;

  1. Apakah jenis internet yang menjadi pilihan anda?
  2. Berapakah harga internet bulanan yang sedang anda langgani sekarang?
  3. Adakah anda berpuas hati dengan kelajuan internet anda sekarang?
  4. Harga Pakej Ideal ‘Home Internet’ pilihan anda?

Hasil undian menunjukkan 67.5% pengguna memilih pakej internet jalur lebar tetap dengan kuota tanpa had pada kelajuan 100Mbps bagi harga RM89 sebagai pakej ideal yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Sementara itu, 50.8% pengguna sedia ada melanggan pelan internet berharga RM100 hingga RM200. Pengguna yang tidak berpuas hati dengan kelajuan internet pula adalah sebanyak 85.5%.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, rakyat Malaysia masih menaruh harapan yang tinggi dalam mendapatkan sambungan rangkaian yang lebih pantas disamping langgan yang berpatutan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
©2026 WISER.MY