Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakyat Malaysia Akan Menikmati Siaran TV Digital Sepenuhnya Pada 31 Oktober 2019

Rakyat Malaysia Akan Menikmati Siaran TV Digital Sepenuhnya Pada 31 Oktober 2019

Diterbitkan September 29, 2019 oleh ariff bukhari

Peralihan akan dibuat secara 3 peringkat mengikut wilayah.

Rakyat Malaysia tidak lama lagi akan mula menikmati siaran tv digital sepenuhnya pada 31 Oktober tahun ini. Peralihan sepenuhnya kepada siaran TV Digital myFreeview daripada siaran TV percuma yang menggunakan teknologi analog akan menjadi  penanda era baharu industri penyiaran negara.

Kejayaan ini dicapai berikutan hasil kejayaan ujian rintis yang telah dijalankan bermula di Pulau Langkawi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama pihak industri penyiaran sejak 21 Julai lalu.

Ia juga adalah antara usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital merangkumi penduduk di kawasan bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh negara, sejajar dengan wawasan kerajaan yang mahukan rakyat menikmati perkhidmatan tv digital secara percuma yang berkualiti.

Berikut adalah tarikh-tarikh peralihan siaran TV Analog ke TV Digital myFreeview mengikut wilayah:-

WILAYAH TARIKH PERALIHAN
Tengah dan Selatan 30 September 2019
Utara dan Timur 14 Oktober 2019
Sabah dan Sarawak 31 Oktober 2019

Rakyat Malaysia Akan Menikmati Siaran TV Digital Sepenuhnya Pada 31 Oktober 2019Jadi dengan adanya siaran TV Digital myFreeview, ia turut memberi pilihan kepada rakyat untuk menonton pelbagai saluran tv, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, informasi semasa, pendidikan interaktif dan rancangan-rancangan yang lain.

Setakat ini, sebanyak 15 saluran tv dan enam saluran radio boleh didapati pada platform TV Digital myFreeview yang disediakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima, TV AlHijrah, dan Bernama News Channel (BNC).
Malah dijangkakan akan terdapat beberapa lagi saluran tv baharu yang turut bakal disiarkan di platform TV Digital myFreeview dalam tempoh terdekat ini.

Bagi mereka yang masih belum beralih kepada platform siaran TV Digital myFreeview, anda digalakkan untuk berbuat demikian dengan mengikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Dapatkan dekoder dan aerial Ultra High Frequency (UHF) dan memasang kepada set TV yang sedia ada; atau
  2. Dapatkan Integrated Digital TV (IDTV) yang telah dilengkapi dengan dekoder dan memasang kepada aerial UHF.
Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang www.myFreeview.tv atau hubungi talian 1-800-181-088.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY