Raja Kelas Pertengahan, Redmi Note 9 Pro Adalah Peranti RM1,000 Paling Berbaloi

Begitu banyak penawaran telefon pintar yang hadir dalam pasaran pada ketika ini. Namun, untuk meningkatkan pengalaman penggunaan, sudah pasti anda memerlukan sebuah peranti yang lebih berkuasa dan lebih stail.

Masih mengekalkan sebuah penawaran dengan spesifikasi yang sepadan dengan harga, Xiaomi kali ini mempertaruhkan Redmi Note 9 Pro sebagai pengganti Redmi Note 8 Pro. Berada pada kelas pertengahan, Redmi Note 9 Pro dikatakan sebagai peranti bajet RM1,000 paling berbaloi untuk anda miliki. Mengapa?

Spesifikasi


Selaku penyandang barisan hadapan dalam siri Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro hadir dengan spesifikasi tertinggi bagi sebuah peranti kelas pertengahan.



Peranti ini hadir dengan paparan 6.67” FullHD DotDisplay. Memberi ketahanan pada Redmi Note 9 Pro adalah dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 5 pada panel hadapan dan belakang. Tidak hanya lebih tahan, rekaannya juga menjadikan Redmi Note 9 Pro kelihatan  lebih menawan dengan stail peranti kelas bangsawan. Redmi Note 9 Pro disaluti dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Tropical Green, Glacier White & Interstellar Grey.

Melengkapkan Redmi Note 9 Pro adalah janaan cip Snapdragon 720G dengan 6GB RAM dan ruang simpanan 128GB. Tak cukup? Jangan risau kerana peranti ini turut menyokong slot kad mikroSD sehingga 512GB.

Lebih versatil dengan 64MP AI Kuad Kamera


Tidak lengkap rasanya jika sesebuah peranti hadir tanpa fungsi kamera yang lebih baik. Untuk menjadikan Redmi Note 9 Pro lebih versatil, ia dimuatkan dengan tetapan lensa Kuad Kamera.

Melalui penggunaan lensa utama 64MP yang dilengkapi sensor besar bersaiz 1/1.72, ia membolehkan setiap gambar diambil dengan resolusi yang lebih tinggi serta perincian yang lebih jelas. Tetapan lensa 8MP sudut lebar 108° pula boleh digunakan dalam keadaan yang sempit mahupun merakam pemandangan persekitaran.



Tidak cukup dengan itu, ia dilengkapi dengan lensa 5MP makro dan 2MP depth. Seperti yang diketahui, kamera makro sangat membantu untuk mengambil gambar objek pada jarak dekat. Hasil gambar melalui kamera makro ini dapat memberikan perincian yang cukup ‘rasa’.

Untuk kamera hadapan, Redmi Note 9 Pro dimuatkan dengan lensa 16MP. Rakaman video 4K dengan filter dan mod movie turut disertakan pada peranti ini.

Penawaran menarik


Menjadikan Redmi Note 9 Pro lebih menarik adalah dengan penawaran bateri bersaiz besar iaitu 5020mAh. Xiaomi menyatakan, dengan kapasiti bateri yang ditawarkan, ia mampu bertahan untuk penggunaan lebih dua hari.

harga redmi note 9 pro

Ditambah pula dengan pengecasan pantas 30W dengan port USB-C, hanya 30 minit yang diperlukan untuk pengecasan dari 0% hingga 50%. Tidak hanya itu, pengecasan yang lebih pantas 33W didatangkan sekali bersama peranti ini di mana pengguna tidak lagi perlu risau untuk membeli pengecas tambahan.

Kebanyakan peranti yang ada dalam pasaran menawarkan imbasan cap jari di bahagian belakang mahupun pada paparan skrin. Namun, untuk memberikan penampilan yang lebih menarik tanpa kesan cap jari di skrin mahupun di bahagian belakang peranti, Redmi Note 9 Pro menawarkan sensor imbasan cap jari yang diletakkan pada butang kuasa. Lebih mudah, dan lebih pantas!

Kenapa berbaloi?


Menurut Xiaomi, dengan cip pemproses Snapdragon 720G yang dimuatkan pada Redmi Note 9 Pro, prestasi grafik adalah 14% lebih baik dan mempunyai prestasi AI 115% lebih baik berbanding Snapdragon 712. Oleh itu, pengalaman memainkan permainan video seperti PUBG, Mobile Legends dan sebagainya sudah pasti menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Grafik lebih baik, gaming pun sedap, ditambah pula dengan kuad kamera 64MP yang disertakan pada Redmi Note 9 Pro. Jadi, apa lagi dimahukan?



Tanpa perlu ragu-ragu atau tanpa perlu koyakkan poket, anda boleh memiliki sebuah peranti pertengahan dengan spesifikasi lebih berkuasa pada harga RM1,099. Redmi Note 9 Pro boleh dibeli dari semua kedai Mi yang sah dan juga melalui Lazada (https://invol.co/clpgy9)

Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia.

Berkaitan