Hal ini kerana, dikhuatiri radiasi berlebihan yang terhasil akan mengganggu kesihatan badan dan berisiko untuk menghidapi kanser, lebih-lebih lagi ketika panggilan dibuat kerana peranti itu diletakkan berhampiran dengan telinga.
Namun sejauh manakah kebenaran tentang dakwaan tersebut?
Untuk menentukan sama ada perkara itu benar-benar berlaku ataupun tidak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan pembiayaan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan kajian mengukur tahap radiasi yang dihasilkan telefon pintar, sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online (20 Februari 2017).
Kajian dijalankan bertempat di Pusat Komunikasi Tanpa Wayar (WCC) UTM, menggunakan sebuah alat dan diukur dengan Specific Absorption Rate (SAR), kiraan kadar tenaga yang diserap oleh badan manusia apabila terdedah kepada gelombang radio.
SAR terdiri daripada dua komponen utama iaitu alat pengesan radiasi dan juga cecair khas, berfungsi sebagai badan manusia yang menerima sinar radiasi.
Memetik laporan Utusan Online, pengarah WCC , Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman menjelaskan, gel0mbang radio itu tidaklah membahayakan seperti yang diperkatakan sebelum ini kerana kekuatannya tidak terlalu tinggi.
"Radiasi yang dihasilkan biasanya (seperti) dalam ketuhar gelombang mikro untuk menghasilkan haba memanaskan makanan" ujar beliau lagi kepada portal akhbar itu.
Selain itu, radiasi dari stesen pemancar juga dikelaskan sebagai tidak bahaya kerana kuasanya yang rendah.
Sumber: Utusan Online
Berkaitan
- Cadangan Beri Kuasa Kepada SKMM Untuk Padam Kandungan Media Sosial Masih Dalam Pertimbangan
- Microsoft Hentikan Sokongan Office 2007 Bermula Minggu Hadapan
- realme 6i Kini Muncul, Dilengkapi Bateri 5000mAh, Helio G80 Dan 48MP
- Maxis Mahu Jadi Yang Pertama Dalam Menawarkan Rangkaian 5G Di Malaysia
- Pemilik Leica Mengimpikan Telefon Pintar Dengan Jenama "Leica"
- PUBG Versi PC Akan Terima Kemaskini Sistem Pangkat
- Android P Dilapor Akan Hadir Dengan Sokongan Untuk Paparan Skrin Takuk
- Pita Magnetik Data Sandaran CIMB Hilang, Langkah Keselamatan Diperketatkan
- Harga Jualan Siri Galaxy S20 Di Malaysia Bermula Dari RM3599
- PlayStation 5 Sah Akan Dikeluarkan, Tetapi Bukan Dalam Masa Terdekat