Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

PlayStation 5 Sah Akan Dikeluarkan, Tetapi Bukan Dalam Masa Terdekat

Posted on Julai 3, 2017Julai 4, 2017

Ramai peminat konsol mula berasa bimbang selepas Sony melancarkan PlayStation 4 versi Pro tahun sudah.

Hal ini kerana mereka beranggapan konsol kegemaran ramai tersebut bakal berakhir dengan siri PlayStation 4 Pro, dan tiada lagi penghasilan PlayStation 5.

Sebelum ini, presiden kepada Sony Worldwide Studio, Shuhei Yoshida hanya mengatakan “jika”, yang dilihat memberi petunjuk syarikat itu tidak pasti dengan masa depan PlayStation 5.

Bulan lalu selepas mesyuarat berkenaan PlayStation, Shawn Layden, CEO Sony Interactive Entertainment America telah mengesahkan bahawa PlayStation 4 Pro bukan konsol terakhir dari mereka.

Ini jelas menandakan PlayStation 5 bakal menyusul tetapi bukan dalam masa terdekat.

Buat masa sekarang mereka lebih memfokuskan penambahbaikan terhadap PlayStation 4, terutama sekali versi Plus, supaya ia dapat kekal bersaing dalam pasaran dengan imej dan grafik yang setanding dengan konsol jenama lain.

PS4 Pro? Wait, what about PS5? Macquarie’s Damian Thong who correctly predicted PS4 slim and Pro says PS5 may arrive in 2nd half of 2018.

— Takashi Mochizuki (@mochi_wsj) September 8, 2016

Mengenai tarikh pelancaran PlayStation 5, Takashin Mochizuki berpendapat ia akan dilancar pada suku ke 2 tahun 2018, dan ia berdasarkan ramalan oleh Damian Thong.

Penganalisis Damian Thong sebelum ini popular kerana beliau meramal secara tepat tentang pengeluaran PlayStation 4 versi Pro dan Slim.

Sony memperkenalkan versi Pro dan Slim mungkin juga disebabkan persaingan dengan Microsoft menerusi Projek Scorpio.

Apa-apa pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari Sony.

Tarikh pengeluaran PlayStation yang lalu. Tarikh PS5 hanyalah ramalan sahaja. Sumber imej: ps5playstation5.com

Sumber: ps5playstation5.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress