Statista: Telefon Pintar Keluaran China Mengeluarkan Radiasi Paling Tinggi

Statista ialah sebuah portal yang mengeluarkan statistik dan kajian pasaran secara dalam talian, melibatkan lebih daripada 80,000 topik daripada pelbagai sumber.

Antara statistik terbaru yang dikongsikan oleh laman itu adalah senarai telefon pintar yang memancarkan sinaran radiasi tertinggi.

Diukur dengan Specific Absorption Rate atau SAR (dalam watt per kilogram), infografik yang dikongsi menunjukkan model tertentu telefon pintar yang mengeluarkan radiasi paling tinggi apabila ia diletakkan berhampiran telinga ketika panggilan suara sedang dibuat.

Boleh dilihat, senarai tersebut didominasi oleh sejumlah peranti dari syarikat pengeluar China iaitu, OnePlus, Huawei, dan ZTE. Iphone 7 dan iPhone 8 turut sama tersenarai.



Tiada garispanduan antarabangsa untuk menentukan tahap "selamat" sesuatu radiasi yang dikeluarkan telefon, tetapi jika mengikut pensijilan mesra alam sekitar dari Jerman, Der Blaue Engel, mereka hanya melesenkan telefon dibawah kadar o.60 watts per kilogram.

Model-model yang tersenarai merupakan model yang dikeluarkan sebelum 31 Disember 2017, tahap radiasi diukur ketika diletakkan ditelinga dan tidak termasuk model dwi kad sim.

Dibawah ini pula merupakan model telefon pintar dengan pancaran radiasi paling rendah dan tempat pertama didalam carta ini adalah Sony Xperia M5.



Sumber: Bundesamt Für Strahlenschutz via Statista