Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pemilik Leica Mengimpikan Telefon Pintar Dengan Jenama “Leica”

Pemilik Leica Mengimpikan Telefon Pintar Dengan Jenama “Leica”

Diterbitkan Ogos 3, 2017 oleh Helmi Samsuri

Leica, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena fotografi. Kerjasama dengan syarikat pengeluar telefon dari China, Huawei, meningkatkan lagi populariti syarikat pengeluar kamera itu.

Pemilik Leica Mengimpikan Telefon Pintar Dengan Jenama “Leica”

Rata-rata pemilik peranti Huawei yang menggunakan lensa dari Leica, berpuas hati dengan foto yang dihasilkan. Tapi itu semua bagaikan tidak cukup bagi pemilik syarikat yang berpengkalan di Jerman, kerana beliau berharap suatu hari nanti, telefon pintar dengan jenama Leica dapat dihasilkan.

Semasa sesi temuramah bersama CNBC, Andreas Kaufmann, pemilik serta pengerusi Leica, menyatakan bahawa impian peribadi beliau adalah untuk mengeluarkan telefon pintar berjenama Leica.

“Telefon sedia ada tidak sesuai untuk digunakan dalam fotografi. Ia digunakan sebagai kamera, ia digunakan untuk mengambil video, tetapi ia tidak dibina untuk tujuan itu dan saya rasa masih jauh lagi untuk sampai ke tahap itu.” ujar Kaufmann.

Beliau juga tidak pasti sama ada Leica mampu membangunkan telefon pintar sendiri, tapi apa yang pasti impian peribadinya adalah telefon Leica yang sebenar.

Mungkinkah Leica mengharapkan bantuan Huawei dalam menghasilkan telefon pintar? Atau mungkin Leica sendiri berusaha membina telefonnya sendiri? Apa pendapat anda?

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY