Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Senarai Awal Peranti Yang Akan Terima Kemaskini Pemacu GPU

Qualcomm Umum Senarai Awal Peranti Yang Akan Terima Kemaskini Pemacu GPU

Diterbitkan Mac 25, 2020 · Dikemas kini Mac 25, 2020 oleh Meor Hasyim

Jika anda ingat lagi ketika pengenalan rasmi Snapdragon 865 Disember 2019 lepas, Qualcomm turut menjanjikan kemaskini pemacu GPU yang boleh dimuat turun hanya melalui Google Play Store.

Jadi sekarang Qualcomm mula mengumumkan perkembangan fungsi ini dan telah mendedahkan senarai awal peranti yang akan mendapat kemaskini tersebut.

Dengan kemaskini GPU ini, Qualcomm mendakwa ia boleh meningkatkan fps dalam permainan, bateri lebih tahan lama, dan juga mengurangkan beban GPU secara keseluruhan.

Menurut Qualcomm, “Sama dengan permainan PC, pengguna peranti pintar juga boleh mengemaskini pemacu GPU lebih kerap. Pengguna juga boleh meningkatkan potensi prestasi pengalaman bermain dan juga fungsi baharu. ”

Untuk peranti yang menyokong kemaskini ini, ia adalah:

  • Google Pixel 4
  • Google Pixel 4 XL
  • Samsung Galaxy S10 (Snapdragon)
  • Samsung Galaxy Note 10 (Snapdragon)

Walaupun hanya sedikit sahaja model yang menerimanya, jangan risau kerana senarai tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa menurut Qualcomm.

Sumber: Qualcomm

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY