Sekitar April yang lalu, terdapat laporan menyatakan Samsung akan menerima tempahan untuk penghasilan Snapdragon 865. Antara sebabnya adalah proses 7nm extreme ultraviolet (EUV) Samsung dikatakan lebih kompetitif berbanding 7nm dari TSMC.
Namun begitu, perkhabaran terbaru pula menyatakan sebaliknya dimana tempahan Snapdragon 865 mungkin tidak diberikan kepada Samsung. Hal ini kerana cip pemproses Snapdragon sedia mendahului Exynos dan untuk kekal dihadapan, TSMC mungkin terus menjadi pilihan Qualcomm.
Dalam pengeluaran besar-besaran cip pemproses, syarikat-syarikat ini perlu berkolaborasi untuk beberapa bulan yang melibatkan harta intelek dan seumpama dengannya. Qualcomm mungkin tidak mahu mendedahkan "resepi" mereka seperti lukisan rekaan yang mana ia boleh digunakan Samsung dalam meningkatkan cip Exynos mereka.
Kita juga sedia mendengar mengenai penggunaan cip Snapdragon bakal digunakan pada peranti Samsung dengan lebih meluas lagi. Sebelum ini, peranti flagship Samsung yang dikuasakan oleh cip Snapdragon hanya terhad dijual pada pasaran Amerika Syarikat, China dan Jepun. Namun atas alasan Snapdragon 865 mempunyai prestasi lebih baik berbanding Exynos 990, ia membayangkan penawaran itu akan dibawa pada pasaran lain.
Selain daripada itu, berita tentang penghentian cip teras kustom "mongoose" dengan lebih memberi fokus kepada GPU.
Walaupunbegitu, pengeluaran cip pertengahan seperti Snapdragon 765 dan 765G dikatakan akan dikeluarkan oleh Samsung. Dengan dua cip ini, ia mungkin memberi sedikit sinar pada Samsung kerana TSMC semakin ke hadapan mendominasi pasaran.
Sumber: Business Korea
Berkaitan
- Peranti Utama Redmi Dengan Snapdragon 855 Mungkin Dikenali Sebagai Redmi K20 Pro
- Nokia 9 Dikhabarkan Membawa Tetapan Dwi Kamera Utama Dan Snapdragon 835
- Snapdragon 865 Plus Kini Rasmi Diperkenalkan
- 5 Video Iklan Samsung Ini Sindir Peranti Apple
- Samsung Note 8 Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM2499
- Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?
- Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima 3 Generasi Android
- Xiaomi Mi A3 Dan Mi A3 Lite Dikhabarkan Hadir Dengan Cip Snapdragon 730 dan 675
- Pemegang Akaun Public Bank Kini Boleh Menggunakan Perkhidmatan Samsung Pay
- Sudah Hampir 7 Tahun Samsung Mengatasi Nokia Dalam Pegangan Pasaran Global