Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Snapdragon 836 Tidak Akan Wujud – Khabar Angin

Qualcomm Snapdragon 836 Tidak Akan Wujud – Khabar Angin

Diterbitkan September 6, 2017 ยท Dikemas kini September 6, 2017 oleh Haikel Areff

Cip pemprosesan telefon pintar utama tahun lalu dari Qualcomm adalah Snapdragon 820, yang tiba pada separuh pertama. Kemudian, pada separuh kedua 2016, hanya Snapdragon 821 dikeluarkan.

Harini ini, muncul laporan mengatakan tidak ada Snapdragon 836 dalam pembangunan. Sebelum ini banyak khabar angin memperkatakan tentang cip pemprosesan 836 akan dimuatkan ke dalam peranti Pixel 2 tetapi jika laporan ini benar, maka kita tidak akan dapat menyaksikan peranti Pixel dengan cip 836 tahun ini.

Qualcomm Snapdragon 836 Tidak Akan Wujud – Khabar Angin

Cip SD 836 pada satu ketika dikatakan akan dibawakan kepada peranti Xiaomi Mi Mix 2 tetapi pada ketika itu Qualcomm sendiri telah mengesahkan hanya Snapdragon 835 yang bakal dimuatkan di dalam telefon tanpa bezel tersebut, dan ya, Mi Mix 2 hanya mempamerkan cip 835, baru sahaja diperkenalkan sehari yang lepas.

Berita ini tidak bermakna Qualcomm tidak merancang untuk mengeluarkan cip baru untuk pada suku ke-4 2017 atau awal tahun 2018. Menurut laman XDA-Developers, cip pemprosesan premium seterusnya dari Qualcomm adalah Snapdragon 845. Ada juga cerita tentang cip ini akan hadir untuk Galaxy S9 tahun hadapan.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY