Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI

Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI

Diterbitkan Oktober 23, 2018 oleh Wiser MY

Qualcomm telah memperkenalkan chip kelas pertengahan terbaru mereka iaitu Snapdragon (SD) 675 yang menjanjikan pengalaman gaming yang lebih baik serta prestasi kamera yang dipertingkatkan berbanding cip Snapdragon 670. Cip SD 675 ini juga turut menyokong fungsi A.I di dalamnya yang menggunakan enjin A.I generasi ke-3.

Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI

Qualcomm mendakwa sesi gaming peranti yang menggunakan SD 675 ini akan menghasilkan fps yang tinggi serta gameplay yang lebih lancar. SD 675 menampilkan 2 teras Kyro 460 generasi ke-4 yang terbaru dengan clockspeed 2GHz dan dibantu oleh 6 teras lain dengan clockspeed 1.7GHz. Untuk tetapan sebegini, SD 675 memberikan 30% lebih pantas semasa melancarkan permainan dan 35% lebih pantas semasa browsing berbanding cip SD 670 terdahulu.

Qualcomm Snapdragon 675; Menawarkan Prestasi Fotografi Dan Gaming Bersama-Sama Teknologi AI

SD 675 menyokong resolusi penuh paparan skrin (FHD+) dan menggunakan cip Adreno generasi ke-6 bagi tugas-tugas grafik. Untuk bahagian fotografi pula, Spectra 250L digunakan SD 675 yang menyokong sehingga 3 kamera peranti dan berkebolehan untuk menukar lensa antara telefoto, wide angle dan super-wide angle. Cip Spectra 250L juga memberikan fungsi sehingga 5X optikal zoom.

Snapdragon 675 dijangka akan menemui pengguna di dalam peranti telefon pintar seawal suku pertama tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY