Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screen Shot 2018-09-02 at 11.55.37 AM

Qualcomm Mahu Selesaikan Masalah Audio Bluetooth Kurang Berkualiti Dengan aptX Adaptive

Diterbitkan September 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

Rata-rata pengguna mengatakan audio secara Bluetooth kurang enak didengar berbanding berwayar.

Hal ini disebabkan audio yang dihantar kepada fon telinga tanpa wayar perlu melalui proses mampatan menggunakan algoritma dari aptX. Penghantaran bunyi berkualiti tinggi terpaksa direndahkan bersesuaian dengan bandwith yang disediakan sambungan Bluetooth tersebut.

Bagi menyelesaikan masalah itu, Qualcomm tampil dengan aptX Adaptive. Melaluinya, audio boleh dimampatkan pada bitrate yang berubah-ubah.

Sebagai contoh, jika anda berada pada kawasan yang mempunyai banyak isyarat tanpa wayar disekeliling, audio akan dimampatkan menjadi saiz fail yang lebih kecil supaya lebih pantas disiarkan ke dalam fon kepala anda.

Manakala jika anda berada dalam bilik kosong tanpa sebarang isyarat yang lain, aptX Adaptive akan menghantar fail bitrate yang lebih tinggi supaya kualiti audio yang dihidangkan lebih jelas dan berkualiti.

Tidak terhenti disitu, ia juga boleh mengenalpasti cara penggunaan sama ada pengguna sedang bermain game, mendengar muzik, menonton filem dan lain-lain. AptX akan melaras tetapan berdasarkan situasi. Qualcomm menyatakan ia berlaku secara latarbelakang dan pengguna tidak perlu berbuat apa-apa.

Dengan pengenalan ini, dijangkakan lebih banyak peranti audio akan dilengkapi dengan aptX Adaptive. Difahamkan juga, telefon pintar dan tablet akan menjalankan pengekod ini bermula dengan Android Pie pada bulan Disember hadapan.

Sumber: Qualcomm via Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
©2026 WISER.MY