Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Qualcomm Dijangka Perkenal Cip Snapdragon 875 Pada Awal Disember Nanti

Posted on Oktober 6, 2020

Qualcomm kini dijadualkan akan melangsungkan acara Qualcomm Tech Summit pada 1-2 Disember 2020. Melalui acara ini, Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip Snapdragon 875 bagi menggantikan cip SD865 yang diumumkan pada tahun lalu.

Snapdragon 875

Cip ini dikatakan akan diperkenalkan pada siri Samsung Galaxy S30 yang dijangka akan dilancarkan pada Februari 2021.

Terdapat juga khabar yang menyatakan SD875 akan didatangkan dengan beberapa cip versi “lite” begi mengurangkan kos telefon pintar. Kemungkinan Qualcomm akan mengesahkan perkara ini pada acara tersebut.

Terdahulu, Qualcomm telah mengumumkan cip kelas flagship Snapdragon 865 melalui acara Snapdragon Tech Summit yang berlangsung di Hawaii pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun, Qualcomm menyatakan acara pada tahun ini akan diadakan secara dalam talian berbanding acara fizikal.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress