Qualcomm mengumumkan barisan cip pemproses Snapdragon baharu. Cip yang bakal menguasakan peranti kelas pertengahan adalah Snapdragon 480+, 680, 695 dan 778G+.
Menerusi Snapdragon 480+ baharu, ia masih hadir dengan pemproses 8nm dan mempunyai teras serta modem yang sama dengan Snapdragon 480. Namun, terasnya adalah berkelajuan 2.2GHz.
Snapdragon 680, ia satu-satunya cip baharu yang hanya menggunakan sokongan 4G berbanding tiga cip lain. Cip ini dinaiktaraf yang mana dibina berasaskan pemproses 6nm. Walaupun angka lagi besar dari Snapdragon 675 tetapi ia adalah Snapdragon 662 yang dinaik taraf. Dengan cip ini, Qualcomm cuba memfokuskan peranti 4G sahaja dan ditawarkan untuk rantau yang masih tiada sokongan rangkaian 5G.
Snapdragon 695 pula, Qualcomm mendakwa penggunaan kuasa adalah lebih cekap serta mempunyai 15% serta 30% prestasi yang baik berbanding Snapdragon 690. Manakala Snapdragon 778G+, ia menerima naik taraf sedikit berbanding Snapdragon 778G.
Menurut Qualcomm, empat cip pemproses baharu ini akan mula ditawarkan buat pengguna dalam beberapa bulan lagi. Antara jenama yang bakal menggunakannya adalah HMD Global Nokia, HONOR, Motorola, OPPO, vivo dan Xiaomi.
Oleh yang demikian, mari kita tunggu dan lihat peranti manakah yang akan jadi pertama menawarkan telefon dengan cip pemproses baharu Qualcomm tersebut.
Sumber: Qualcomm
Baca juga: