Laporan sebelum ini menyatakan Qualcomm mungkin mengguna nama Snapdragon 898 untuk cip pemprosesnya yang baharu. Tidak mengapa kerana apa pun nama model masih sama – SM8450.
Terbaru, menurutĀ Digital Chat StationĀ (DCS), cip pemproses tersebut yang sudah mula diuji didakwa memberikan peningkatan prestasi sekitar 20%. Sebagai perbandingan, Snapdragon 888 Plus adalah sebanyak 5.2% berbanding Snapdragon 888.
Pun begitu seperti biasa, mana-mana cip pemproses yang berprestasi tinggi akan mengeluarkan haba yang tinggi juga. Ini termasuk Snapdragon 898 kerana DCS turut mengatakan suhunya masih panas. Akan tetapi, beliau ada memberi bayangan ia akan dilancarkan pada musim sejuk nanti.
Selain itu, cip dengan nombor model SM8450 ini akan menggunakan seni bina Samsung 4nm yang mungkin menampilkan satu teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan 4 teras Cortex-A510.
Walaupun Snapdragon 898 ini mempunyai peningkatan prestasi dan kecekapan tetapi dikhabarkan ia masih tidak mampu menandingi Apple A14 Bionic. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.
Buat masa sekarang, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi dan dijangka telefon Xiaomi menjadi yang pertama menggunakannya.
Sumber: Digital Chat Station
Baca juga: