Bagaimanapun, Qualcomm sehingga kini masih lagi membisu mengenai bilakah sistem cip terbaharu mereka, Snapdragon 8150 akan diperkenalkan secara rasmi.
https://twitter.com/UniverseIce/status/1065237966774132736
Akan tetapi, perkara itu dijangka berubah tidak lama lagi. Ini kerana, menurut satu kicauan pentiris terkenal, @UniverseIce di laman Twitter-nya, Qualcomm dijadual akan memperkenalkan sistem cip tersebut pada 4 Disember ini.
Sistem cip Snapdragon 8150 ini dilaporkan akan turut hadir dengan proses 7nm FinFET, sama seperti A12 Bionic dan Kirin 980. Selain itu, ia juga didakwa akan disokong oleh dua teras Kyro Gold Plus berkuasa tinggi dengan clockspeeds sehingga 3.0GHz.
Tarikh ini dilihat bersesuaian memandang terdapat beberapa peranti kelas premium yang dikatakan akan menggunakan sistem cip ini tidak lama lagi.
Kebanyakan daripada peranti-peranti tersebut berkemungkinan besar akan dilancarkan semasa MWC 2019 pada bulan Februari nanti.
Sumber: Wccftech Ice Universe
Berkaitan
- Samsung Mungkin Menghadapi Masalah Bekalan Galaxy S8 Yang Terhad di Pasaran
- Bersenjatakan Vivo V17 Pro, RRQ Athena Berjaya Rangkul Kejuaraan PMCO 2019 Asia Tenggara
- Saksikan Lagu Yang Distrim Sepanjang Tahun Pada Senarai Spotify Wrapped 2019
- Xiaomi Redmi Note 5 Berkemungkinan Hadir ke Malaysia Hujung Bulan Ini
- Samsung Sedang Membina Pengganti Galaxy Note 7
- 10 Permainan Video Yang Patut Dimiliki Pada Tahun 2019
- Xiaomi Mi 5s Dilancarkan 27 September Ini
- Samsung Dilaporkan Masih Akan Menawarkan Bicu Audio Pada Galaxy S10
- Mari Ketahui Bilakah Peranti Xiaomi Milik Anda Akan Menerima Kemaskini MIUI 10
- Samsung Note 9 Bakal Dipertontonkan Buat Kali Pertama Malam Ini