Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pulau Langkawi Menjadi Perintis Kepada Siaran Televisyen Digital Di Malaysia

Pulau Langkawi Menjadi Perintis Kepada Siaran Televisyen Digital Di Malaysia

Diterbitkan Ogos 6, 2019 · Dikemas kini Ogos 6, 2019 oleh ariff bukhari

Siaran TV Digital di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat antara 19 Ogos dan 30 September ini.

Pada hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah mengumumkan bahawa peralihan siaran televisyen (TV) analog ke digital di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat antara 19 Ogos dan 30 September ini.

Pulau Langkawi pula menjadi lokasi rintis bagi projek Siaran TV Digital myFreeview sepenuhnya tanpa siaran TV analog yang sudah pun dimulakan di sana sejak 21 Julai lalu.

Beliau memaklumkan, sepanjang tempoh dua minggu proses ujian tersebut ia telah berjaya  berjalan dengan lancar. Maklum balas yang telah diterima oleh pihak mereka daripada penduduk Pulau Langkawi juga adalah sangat membantu dalam proses menambah baik peralihan ini.

Platform myFreeview menawarkan 15 saluran TV serta enam saluran radio yang akan memberi manfaat yang lebih besar kepada rakyat berbanding siaran TV analog.

Selain peningkatan kualiti saluran-saluran TV yang ditawarkan oleh pihak penyiar ia turut diiringi bersama penyediaan kandungan dan aplikasi baharu yang lebih interaktif dengan menggunakan teknologi digital.

Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga amat berharap dengan penggunaan teknologi siaran digital ini, ia akan menggalakkan lebih banyak kandungan daripada industri muzik, filem dan periklanan tempatan dihasilkan bagi tatapan penonton.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menambah,  peralihan rintis siaran TV Analog ke siaran TV Digital di seluruh negara akan dilaksanakan secara berperingkat antara 19 Ogos dan 30 September ini.

Ia dilaksanakan mengikut wilayah iaitu Wilayah Tengah dan Selatan bermula pada 19 Ogos, Wilayah Utara (2 Sept), Wilayah Timur (17 Sept), Sabah dan Sarawak (30 Sept).

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
©2026 WISER.MY